7/02/17

Cetakan kedua: Seni Reka Perindustrian Daripada Idea Kepada Lakaran


Judul buku "Seni Reka Perindustrian Daripada Idea Kepada Lakaran"
Nama penulis: Shahriman Zainal Abidin, Mohamad Hariri Abdullah dan Zaidi Yusoff
Cetakan: Kedua (2015)
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
No. ISBN: 978-983-46-1565-9 (Kulit Keras) dan 978-983-46-1533-8 (Kulit Lembut)
Harga: RM50 (Kulit Keras) dan RM40 (Kulit Lembut)
Ketebalan buku: 135 muka surat (Berwarna)
Untuk tempahan dan pembelian sila hubungi: 
03 2145 5501, Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Berhad, Tingkat Bawah Bangunan DBP Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia

29/09/13

Buku Terkini: Seni Reka Perindustrian Daripada Idea Kepada Lakaran



Judul buku "Seni Reka Perindustrian Daripada Idea Kepada Lakaran"
Nama penulis: Shahriman Zainal Abidin, Mohamad Hariri Abdullah dan Zaidi Yusoff
Cetakan: Pertama (2013)
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
No. ISBN: 978-983-46-1565-9 (Kulit Keras) dan 978-983-46-1533-8 (Kulit Lembut)
Harga: RM50 (Kulit Keras) dan RM40 (Kulit Lembut)
Ketebalan buku: 135 muka surat (Berwarna)
Untuk tempahan dan pembelian sila hubungi: Puan Norida (Syarikat Dawama) ditalian 013 3528057 atau Puan Asmarita (Koperasi DBP) ditalian 019 3815515.

10/07/08

Interpretasi linguistik dalam bahasa reka bentuk

Sebagai seorang pereka bentuk industrial design (IDe) kita sering mengalami kesukaran didalam komunikasi bersama pereka bentuk engineering design (EDe). Kenapa ini berlaku? Adakah mana-mana silapnya dalam sistem pendidikan?

Bagi mengupas perkara ini, mari kita tumpukan kepada perkara asas. Perkara asas yang saya maksudkan adalah dari segi bahasa. Ini kerana bahasa merupakan alat komunikasi utama dalam proses mereka bentuk.

Apa itu bahasa? Menurut kamus Merriam-Webster's (2006), bahasa atau didalam bahasa inggeris language bermaksud:

"the words, their pronunciation, and the methods of combining them used and understood by a community." (p. 699)

Didalam bahasa melayu mungkin boleh kita tafsirkan sebagai...perkataan, pengucapan, dan kaedah gabungan antara perkataan dan pengucapan dan difahami oleh masyarakat.

Kalau kita lihat didalam proses reka bentuk, kenapa ada konflik dari segi komunikasi diantara pereka bentuk IDe dan pereka bentuk EDe? Ini kerana memang mereka (pereka bentuk IDe dan pereka bentuk EDe) ini mengunakan interpretasi bahasa yang berbeza dari segi linguistik dalam bidang masing-masing apabila memperkatakan sesuatu perkara berkenaan dengan reka bentuk.

Apa itu linguistik? Menurut kamus Merriam-Webster's (2006), linguistik atau didalam bahasa inggeris linguistic bermaksud:

"of relating to language." (p. 724)

atau dengan lebih perinci iaitu linguistic form... "a meaningful unit of speech (as a morpheme, word, or sentence)." (p. 724)

Didalam bahasa melayu kita boleh tafsirkan yang ianya berkaitan dengan bahasa atau suatu unit yang bermakna dari perucapan.

Dari segi definisi IDe dan EDe (rujuk topik industrial design dan engineering design?) itu sahaja kita boleh lihat terdapat perbezaan dari segi tafsiran bahasa dan linguistik. Sudah semestinya ada konflik bahasa antara kedua-dua bidang tersebut apabila mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Apakah perbezaan ketara dari segi pendekatan bagi pereka dalam kedua-dua bidang tersebut?

Bagi bidang IDe, pereka bentuknya mengunakan bahasa seni dan tampak (visual). Bahasa seni dan tampak ini terhasil dari imaginasi pereka bentuk IDe yang kadang kalanya pantas dan diluaran dugaan terutama jika berkaitan dengan idea rekaan. Kadang kalanya tidak memerlukan penerangan yang logik. Selalunya bahasa pereka bentuk IDe melibatkan pendekatan intuisi. Intuisi atau dalam bahasa Inggeris intuition membawa maksud kuasa mengetahui sesuatu tanpa sebab atau diajar. Dengan lebih terperinci lagi, menurut kamus Merriam-Webster's (2006) intuition adalah ...“the power or faculty of attaining direct knowledge or cognition without evidence of rational thought and inference.” Pereka bentuk IDe menjadikan titik, garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang, warna dan nilai sebagai elemen asas rekaan. Manakala reka bentuk itu akan terhasil dari manipulasi prinsip asas rekaan iaitu kesatuan, imbangan, penekanan, pergerakan, kontra, rentak dan corak.

Berlainan pula dengan bidang EDe, pereka bentuknya mengunakan bahasa matematik dan fizik berdasarkan penyelesaian permasalahan mahupun dari segi analisa sintesis dalam bentuk model tertentu bagi mengimaginasikan rekaan. Setiap rekaan memerlukan penerangan yang logik. Setiap rekaan turut mementingkan elemen seperti bahan, dimensi dan permukaan. Manakala reka bentuknya terhasil dari pengiraan struktur quantitatif (quantified structure) yang berdasarkan kepada analisa sintesis produk iaitu bermula dari permasalahan - fungsi utama - sub fungsi dan purata - struktur asas - bentuk keseluruhan dan elemen bentuk. Ianya boleh berdasar kepada parameter nombor, aturan, dimensi dan bentuk geometri.

Dari segi pendekatan IDe dan EDe sahaja kita boleh lihat yang ianya berbeza. Sebab itulah kita nampak ada perbezaan dari segi komunikasi diantara pereka bentuk IDe dan pereka bentuk EDe. Semua ini memerlukan interpretasi linguistik yang jelas bagi memahami bahasa kedua-dua bidang tersebut.

9/07/08

Industrial design dan Engineering design?

Di Malaysia, kita memang kenal industrial design (IDe) lebih dari engineering design (EDe). Realitinya pereka bentuk IDe akan mendapat kredit yang lebih berbanding dengan pereka bentuk EDe didalam sesebuah industri.

IDe boleh didefinisikan sebagai amalan menganalisa, mereka bentuk dan mengembangkan bentuk rekaan bagi tujuan dikilangkan secara besar-besaran (Doren, 1940). Manakala EDe pula boleh didefinisikan sebagai penggunaan prinsipal sains, informasi teknikal and imaginasi didalam pendefinisian struktur mekanikal, mesin atau sistem untuk menghasilkan prespecifikasi fungsi dengan semaksimum ekonomi dan efisensi (Fielden, 1963).

Yang kita tahu apa yang pereka bentuk IDe lakukan adalah mereka bentuk barangan untuk dikilangkan. Begitu juga pereka bentuk EDe dilihat memainkan peranan yang sama. Fenomena yang berlaku, dari sekecil barang, menguna teknologi rendah, pereka bentuk IDe dan pereka bentuk EDe mungkin bersama keseluruhan kumpulannya akan menyediakan keperluan reka bentuk kepada jurutera produksi. Untuk reka bentuk berteknologi tinggi dan reka bentuk yang komplek pereka bentuk IDe akan menjadi salah seorang ahli kumpulan dalam kumpulan reka bentuk EDe dengan tanggungjawab tugasan pengkhususan bagi sesuatu proses reka bentuk. Selain itu, bagi pereka bentuk EDe mereka selalu membuat tuntutan yang merekalah berperanan sebagai pereka yang sebenar dalam sebuah industri.

Persoalannya adakah peranan pereka bentuk IDe dan pereka bentuk EDe sama? Menurut Tovey (1997) pereka bentuk IDe menguna visual, kreativiti, dan teknik intuitif dalam menghasilkan sumbangan istimewa melalui proses reka bentuk. Sedangkan menurut Eder (1995) pereka bentuk EDe turut mengguna kreativiti dalam menghasilkan rekaan. Cuma jarang sekali kita dengar pereka bentuk EDe mengguna visual dan intuitif walaupun Pahl & Beitz (1996) menyebut ada pengunaan intuitif dalam proses reka bentuk EDe. Apapun yang kita nampak kecenderungan bidang IDe dan bidang EDe masih menekankan elemen seni, sains dan hubungkait antara keduanya dalam proses reka bentuk.

Akhir sekali, dalam kontek ini, kalau kita lihat sebenarnya peranan pereka bentuk IDe dan pereka bentuk EDe ada semacam bertindih kerana sama-sama menumpukan kepada mereka bentuk sesuatu barangan (Jones, 1970) dengan tujuan untuk mengadakan perubahan barangan buatan manusia.

Reka bentuk automotif: gabungan seni dan sains

Berikut adalah temubual wartawan Adibah Ismail dari BERNAMA bersama saya pada 5 April 2006 berkenaan dengan topik diatas:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/printable.php?id=190105

Apa itu penyelidikan reka bentuk?

Penyelidikan reka bentuk mengkaji/menyiasat proses mereka bentuk dalam pelbagai bidang reka bentuk. Ianya berkaitan dengan kaedah reka bentuk secara amnya dan khasnya kepada disiplin yang tertentu.

Tafsiran utama penyelidikan reka bentuk adalah ianya menekankan penyelidikan didalam proses mereka bentuk. Tafsiran kedua merujuk kepada mengambil penyelidikan diantara dalam proses mereka bentuk.

Keseluruhan tumpuan adalah untuk lebih memahami dan untuk meningkatkan proses reka bentuk.