9/07/08

Industrial design dan Engineering design?

Di Malaysia, kita memang kenal industrial design (IDe) lebih dari engineering design (EDe). Realitinya pereka bentuk IDe akan mendapat kredit yang lebih berbanding dengan pereka bentuk EDe didalam sesebuah industri.

IDe boleh didefinisikan sebagai amalan menganalisa, mereka bentuk dan mengembangkan bentuk rekaan bagi tujuan dikilangkan secara besar-besaran (Doren, 1940). Manakala EDe pula boleh didefinisikan sebagai penggunaan prinsipal sains, informasi teknikal and imaginasi didalam pendefinisian struktur mekanikal, mesin atau sistem untuk menghasilkan prespecifikasi fungsi dengan semaksimum ekonomi dan efisensi (Fielden, 1963).

Yang kita tahu apa yang pereka bentuk IDe lakukan adalah mereka bentuk barangan untuk dikilangkan. Begitu juga pereka bentuk EDe dilihat memainkan peranan yang sama. Fenomena yang berlaku, dari sekecil barang, menguna teknologi rendah, pereka bentuk IDe dan pereka bentuk EDe mungkin bersama keseluruhan kumpulannya akan menyediakan keperluan reka bentuk kepada jurutera produksi. Untuk reka bentuk berteknologi tinggi dan reka bentuk yang komplek pereka bentuk IDe akan menjadi salah seorang ahli kumpulan dalam kumpulan reka bentuk EDe dengan tanggungjawab tugasan pengkhususan bagi sesuatu proses reka bentuk. Selain itu, bagi pereka bentuk EDe mereka selalu membuat tuntutan yang merekalah berperanan sebagai pereka yang sebenar dalam sebuah industri.

Persoalannya adakah peranan pereka bentuk IDe dan pereka bentuk EDe sama? Menurut Tovey (1997) pereka bentuk IDe menguna visual, kreativiti, dan teknik intuitif dalam menghasilkan sumbangan istimewa melalui proses reka bentuk. Sedangkan menurut Eder (1995) pereka bentuk EDe turut mengguna kreativiti dalam menghasilkan rekaan. Cuma jarang sekali kita dengar pereka bentuk EDe mengguna visual dan intuitif walaupun Pahl & Beitz (1996) menyebut ada pengunaan intuitif dalam proses reka bentuk EDe. Apapun yang kita nampak kecenderungan bidang IDe dan bidang EDe masih menekankan elemen seni, sains dan hubungkait antara keduanya dalam proses reka bentuk.

Akhir sekali, dalam kontek ini, kalau kita lihat sebenarnya peranan pereka bentuk IDe dan pereka bentuk EDe ada semacam bertindih kerana sama-sama menumpukan kepada mereka bentuk sesuatu barangan (Jones, 1970) dengan tujuan untuk mengadakan perubahan barangan buatan manusia.

6 ulasan:

Abdul Rahman berkata...

Assalamualaikum man.
Hebat kau skrg yea.
dah buat PHD. ha ha ha

aku baru nak masuk Master ni.

Ingat aku lagi tak. Rahman budak taekwondo masa ITM shah Alam. Dok Delima 8. Rotu.

Lawatlah blog aku mangstkd.blogspot.com

Prof. Madya Dr. Shahriman Zainal Abidin berkata...

Mesti lah ingat:).

Hang masih lagi aktif Taekwondo ye.

Abdul Rahman berkata...

sebenarnya aku dah tinggal 10 tahun dah. Lps habis ITM tahun 1995 aku stop sbb tak tahu nak berlatih kat mana. Pastu aku balik kerja kat Terengganu tahun 1998. Pun masih tak aktif sbb tak jumpa sesiapa yang aktif taekwondo. Then tahun 2005 aku kena buang kerja. maybe sbb boss aku rasa aku dah tak larat buat marketing kot. Tapi masa tu aku tahun akhir Bed. Tesl part time kat UiTM Dungun. so aku tak kisah. masa ku duk praktikum kat satu sekolah di dungun tahun 2005 tu aku hadiri satu majlis di Kuala Terengganu. Tup2 jumpa coach aku masa sekolah. Dia suh aktif balik. Jd aktiflah sampai sekarang. Sekarang aku ngajar di Politeknik Sultan Mizan di Dungun ni. 10 minutes from my house.

Eh kau ada berita terbaru pasal Isradzi tak. Geng2 Rotu pun tak ada berita. Few years back ada tengok gambar dia masuk paper. Masa dia jd Lecturer kat UMS. Dia reka kerusi mesra OKU rasanya. Pastu dengar dia resign dr UMS dan balik semenanjung. pastu takda berita lagi. Klu ada tlg bagitau aku yea.

Prof. Madya Dr. Shahriman Zainal Abidin berkata...

Isradzi sekarang ni kerja kat Limkokwing University of Creative Technology.

Dia punya email razzi_sarbini@yahoo.com

Bagi lah hang punya email address kat aku sebab aku rasa aku ada simpan sekeping gambar yg aku ambil sama hang, Eizam, Ali, Atan, Ros, dan Rukman.

Abdul Rahman berkata...

he he he
Lupa lak bak bagi.

rahmang73@gmail.com

anyway bila habis phd dan balik malaysia. balik nanti kau ngajar UiTM ke???

Prof. Madya Dr. Shahriman Zainal Abidin berkata...

Insya'allah balik Msia penghujung tahun 2009.

Aku akan mengajar di UiTM.